Sunday, March 4, 2018

Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke 11

Tarikh: 25 Februari 2018
Hari: Ahad
Masa: 8.00 pagi - 12.00 tengah hari

Anjuran: Unit Kokurikulu SMR AGama Chuah
GPK Kokurikulum: Pn Zuraidah Bt Sethu Ghani
Tetamu:
1. YB Dato' Sri Dr. Lim Chin Fui, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA
2. En Norshamsul Azmi Bin Mohd Nor Pengerusi JKK Kg Chuah
3. SM Rosli Bin Sakiman Ketua Balai Polis Chuah
4. Ahli JKK KG Chuah

         Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Menengah Rendah Agama Chuah Kali ke 11, Tahun 2018 berjalan dengan baik dan lancar seperti yang dirancangkan. Kehadiran ialah sebanyak 99 peratus iaitu 97 orang daripada 98 jumlah kesemua pelajar Sekolah Menengah Rendah Agama Chuah. Seorang murid tidak hadir. Semua guru dan ahli jawatankuasa PIBG memberikan sepenuh komitment terhadap program ini. Semua pelajar bersemangat untuk menunjukkan hasil yang terbaik mewakili rumah sukan masing-masing. Tiada sebarang kemalangan yang tidak diingini berlaku sepanjang program berlangsung.  Cuaca juga dalam keadaan baik dan semua guru memberikan kerjasama yang sangat baik.

         Dato’ Sri Dr Lim Chin Fui Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Negeri Sembilan berkesempatan untuk hadir merasmikan program malah memberikan sumbangan buat PIBG SMR Agama Chuah sebanyak RM 2000. Yang berbahagia dato juga turut memberi “angpow” kepada semua murid dan ahlijawatankuasa yang menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan SMR Agama Chuah kali ke-11. Acara Kanak-kanak, Acara Ibu dan Acara Bapa mendapat penyertaan yang sangat menggalakkan daripada masyarakat dan ibu bapa yang hadir. Ibu bapa sangat mesra dan bersemangat untuk turut serta, sebagai tanda sokongan.

Acara (JOHAN)
Nama
Rumah
Lompat Jauh Perempuan K2
Nurzaidatul Akma Bt Ramlee
Asfar
Lompat Jauh Perempuan K1
Vanida Sari Bt Noraziman
Ahmar
Lompat Jauh Lelaki K2
Muhamad Hakim Bin Soffian
Azraq
Lompat Jauh Lelaki K1
Khairul Izzat Bin Eddy sham
Asfar
Lempar Cakera Perempuan K2
Nurul Afiqh Bt Muhamad Jafri
Ahmar
Lempar Cakera Perempuan K1
Ielya Marissa Bt Ithnin
Azraq
Lempar Cakera Lelaki K2
Muhamad Syafiq Syaawal Bin Mohd Afiszal
Azraq
Lempar Cakera Lelaki K1
Mohamad Hazeem Al-Faraasi Bin Zani Zulkifli
Azraq
Lontar Peluru Perempuan K2
Nurul Afiqah Bt Bt Muhammad Jafri
Ahmar
Lontar Peluru Perempuan K1
Ielya Marissa Bt Ithnin
Azraq
Lontar Peluru Lelaki K2
Muhamad Syafiq Syawal Bin Mohd Afiszal
Azraq
Lontar Peluru Lelaki K1
Mohamad Hafiz bin Zainuri
Asfar
Merentas Desa Lelaki Johan
Muhammad Adli Bin Zaharul
Ahmar
Merentas Desa Lelaki NJohan
Khairul Izzat Bin Eddy Sham
Asfar
Merentas Desa P Johan
Nurshaqilah Bt Sabirin
Azraq
Merentas Desa P N johan
Aimie Nadzirah Bt Bahaman
Azraq
100 M Perempuan K2
Alyah Nadhirah
Azraq
100 M Perempuan K1
Vanida Sari Bt Noraziman
Ahmar
100 M Lelaki K2
Mohamad Hakim
Azraq
100 M Lelaki K1
Khairul Izzat Bin Eddy Sham
Asfar
200 M Perempuan K2
Wan Nurmawarny
Asfar
200 M Perempuan K1
Nursyaqilah Bt Sabirin
Azraq
200 M Lelaki K2
Syafiq Hasan
Asfar
200 M Lelaki K1
Khairul Izzat Bin Eddy Sham
Asfar
4x100 M terbuka P
Nur Shaqilah Bt Sabirin
Azraq
4 x 100 M Terbuka L
Khairul Izzat Bin Eddy Sham
Asfar

Olahragawan ialah Khairul Izzat Bin Eddy Sham dan Olahragawati ialah Zaidatul Akma dari Rumah Asfar. Johan Perbarisan dimenangi oleh Rumah Azraq dan Johan Hiasan Khemah terbaik dimenangai oleh rumah Asfar. Johan Keseluruhan  dimenangi Rumah Azraq yang mengumpul mata sebanyak 800, diikuti Rumah Asfar yang mendapat mata keseluruhan sebanyak 734 dan tempat ketiga jatuh kepada rumah Ahmar yang mendapat mata sebanyak 700. 

Kesimpulannya Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke 11 SMR Agama Chuah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat kesukanan. Program ini wajar dilaksanakan dengan lebih baik lagi pada masa akan datang.


























































No comments:

Post a Comment