Sunday, May 15, 2016

PROGRAM PERKONGSIAN PENGALAMAN MENUNTUT ILMU

PROGRAM PERKONGSIAN PENGALAMAN MENUNTUT ILMU
bersama Alumni SMR Agama Chuah

Tarikh: 13 Mei 2016 (Jumaat)
Masa: 7.30 - 8.30 pagi
Tempat: Masjid Kg Chuah

Anjuran: Unit Bimbingan dan Kaunseling

Biodata Alumni: 
Nama: Nur Aqilah Bt Zulkepli
Umur: 19 Tahun
Sekolah:
1. SMR Agama Chuah 2010 -2012
2. SM Agama Hj Abu Hasan Sail 2013-2014 (Aliran Agama Ikhtisas-Perakaunan dan Ekonomi)
IPTA: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Pengajian Bahasa Arab)
Pencapaian dalam Peperiksaan:
PMR: 7A 2B
SPM: 8A 1B 2C

Sumbangan: Alumni pernah dilantik sebagai pengawas semasa di sekolah menengah dan sangat komited dan berdedikasi. Beliau juga merupakan murid yang rajin dan sangat menghormati guru. Beliau dikenali sebagai murid yang menjaga adab pemakaian muslimah yang baik. Beliau sangat wajar dicontohi oleh murid lain dan menjadi inspirasi adik-adik SMR Agama Chuah.

Sekitar Program 
Adik Nur Aqilah dijemput untuk berkongsi pengalaman beliau sepanjang menjadi pelajar sehingga sekarang. Adik Nur Aqilah juga banyak memberikan tip-tips beliau sepanjang bergelar pelajar yang masih menjadi amalan beliau sehinggan kini. Antara yang kerap diucap oleh beliau ialah "HabluminAllah Wa Habluminnas", yang membawa maksud "Kita perlu menjaga hubungan kita dengan Allah S.W.T dan hubungan sesama Mahkluk". Mahkluk disini bukan sahaja manusia malah haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Adik Nur Aqilah juga menasihati adik-adik SMR Agama Chuah agar tidak membuang masa dengan bercouple

Nasihat beliau, masanya akan tiba nanti apabila mereka menginjak dewasa, dan perasaan suka yang ada pada diri kepada rakan perlu dikawal agar tidak melampaui batas. Adik NurAqilah menceritakan kelebihan solat-solat sunat seperti solat tahajud, solat hajat dan solat dhuha yang mana jika diamalkan pasti mendatangkan kelebihan buat pengamalnya. Beliau juga turut menegaskan antara punca kejayaan beliau hari ini ialah amalan hormat kepada guru.

Sifat "Redha" dan sentiasa bersangka baik dengan Allah S.W.T juga antara tips yang diberi oleh beliau. Aqilah ada berkongsi pengalamannya yang sering jatuh dan gagal dahulu sebelum berjaya. Paling penting apabila gagal, jangan sesekali kita berputus asa. Sentiasa ingat kegagalan tanda tuhan sayangkan kita. Allah S.W.T menyediakan ganjaran untuk setiap kesusahan dan kesabaran kita.

Semoga kehadiran dan kata-kata semangat daripada Nur Aqilah menjadi inspirasi kepada anak-anak SMR Agama Chuah. Pihak sekolah sangat mengalu-alukan kehadiran beliau ke sekolah dan berharap beliau sudi untuk hadir lagi pada masa akan datang.


















No comments:

Post a Comment