Monday, April 11, 2016

Hadiah Tugasan Halatuju Kerjaya Tingkatan 3

Tarikh: 12 April 2016 (Selasa)
Masa: 7.20 pagi
Tempat: Perkarangan Sekolah

Tugasan Halatuju Murid Tingkatan 3 sempena Lawatan Ilmiah ke UKM

Pada 2 April 2016 yang lalu, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi Selangor Darul Ehsan. Program ini merupakan program khas tingkatan 3 dan satu Tugasan Mengenai Halatuju Murid Tingkatan 3 telah diberi oleh guru. 4 orang murid telah menyelesaikan tugas dengan baik dan mereka telah dijanjikan cenderamata. Pn Khamisah Asura Bt Abd Rahman (GPK AKADEMIK) dengan diiringi oleh Hj Mokhter bin Harun (GPK HEM) telah menyampaikan cenderamata kepada 4 orang pelajar ini. 


1.     Pelajar yang pertama memilih Kerjaya sebagai Inspektor Polis Diraja Malaysia. Pelajar ini juga memilih Universiti Pertahanan Malaysia sebagai tempat pengajian. Beliau ialah Siti Aisyah Erinna Bt Natiman 3 Ibnu Khaldun.


2.     Pelajar kedua memilih Aliran Teknik dan memilih kerjaya Sebagai Jurutera Elektronik Komputer. Beliau juga memilih melanjutkan pengajian di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Beliau ialah Mohd Azizi Bin Mat Hadi, 3 Ibnu Khaldun.


3.     Pelajar Seterusnya ialah memilih Kerjaya Sebagai Doktor. Pelajar ini memilih Aliran Sains Tulen serta memilih Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebagai tempat pengajian. Beliau ialah Putri Airin Jasmin Tingkatan 3 Ibnu Sina.


4.     Pelajar Seterusnya ialah bakal Peguam Syariah. Pelajar ini memilih aliran agama dan berharap dapat menyambung pengajian ke Universiti Sains Islam Malaysia USIM. Pelajar ini ialah Nuraliah Bt Hilmi. 










No comments:

Post a Comment