Sunday, February 14, 2016

Ceramah HPV

Tarikh: 3 Februari 2016
Masa : 9.00 pagi
Tempat: Kelas Tingkatan 1 Ibnu sina
Sasaran: Semua pelajar tingkatan 1 Perempuan

Guru Bertugas: 
Guru Kesihatan SMR Agama Chuah, Pn Nor Safinas bt Abu Sirin


Apakah itu HPV?
Human papillomavirus (juga dikenali HPV) adalah satu kumpulan virus yang terdiri lebih daripada 120 jenis. Sebahagiannya lebih kurang 40 jenis adalah dikenali sebagain ‘genital human papillomavirus‘ adalah penyakit kelamin yang paling biasa berjangkit pada manusia. HPV jenis ini boleh menjangkiti bahagian kemaluan lelaki dan perempuan. HPV jenis ini turut boleh menjangkiti bahagian mulut, tekak dan dubur.
HPV boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Ini termasuklah ketuat pada kemaluan dan kanser. Walaupun begitu, tidak semua orang yang dijangkiti akan menghadapi masalah kesihatan yang serius. Dalam kebanyakkan kes, HPV akan sembuh dengan sendiri tanpa memberikan apa-apa masalah kesihatan dan kebanyakkan orang yang dijangkiti HPV tidak sedar mereka mempunyainya.
HPV bukanlah herpes atau HIV (virus yang menyebabkan AIDS) walaupun kedua-dua virus ini turut dipindahkan ketika hubungan seks.
Siapakah yang berisiko mendapat HPV? 
Sesiapa sahaja yang pernah atau sedang melakukan kegiatan seks boleh dijangkiti HPV terutamanya lelaki dan perempuan yang kerap bertukar-tukar pasangan.
Ini adalah kerana HPV dijangkiti melalui hubungan kelamin, biasanya semasa seks melalui faraj dan dubur. HPV juga boleh dijangkiti semasa seks oral mahupun sentuhan antara kemaluan. HPV boleh dijangkiti walaupun pasangan seks tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda atau gejala (symptom).
Kebanyakkan orang yang dijangkiti tidak sedar mereka dijangkiti atau menjangkiti pasangan seks mereka. Seseorang masih boleh dijangkiti HPV walaupun bertahun tidak melakukan hubungan seks dengan pasangan yang dijangkiti. Manusia juga boleh dijangkiti lebih daripada satu jenis HPV.
Dalam kes yang terpencil, ibu mengandung dengan jangkitan HPV pada kemaluan boleh menjangkiti anaknya semasa dilahirkan.






No comments:

Post a Comment