Sunday, January 10, 2016

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE

PENYERAHAN RASMI MENTEE KEPADA MENTOR SESI 2016

TARIKH: 11 JANUARI 2016
TEMPAT: LAPANGAN PERHIMPUNAN
WAKTU: 7.40 MINIT PAGI

1.0              PENGENALAN

Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat.  Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran -kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara.

2.0       KONSEP
Membangun Sahsiah Diri Murid Melalui Budaya Amalan Penyayang.
3.0       RASIONAL
3.1       Setiap murid mempunyai kebolehan membangun potensi diri bagi meningkatkan pencapaian sahsiah diri melalui bimbingan dan panduan mentor.
3.2       Murid masa kini terdedah dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi tuntutan remaja yang sudah pasti amat memerlukan sokongan, bimbingan, panduan dan perhatian bagi membolehkan mereka menikmati kehidupan dengan lebih optimis dan menyeronokkan.
4.0       OBJEKTIF
Melalui program ini, murid diharapkan dapat;
4.1      Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-menghormati antara mentor dan mentee.
4.2       Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain.
4.3       Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat (caring) terhadap kebajikan mereka

5.0       PELAKSANAAN
5.1       Program dilaksanakan kepada semua murid sekolah rendah dan menengah
5.2       Melaksanakan program mentor mentee sebagai aktiviti rasmi sekolah mengikut kesesuaian masa seperti:
a.                   Waktu perhimpunan rasmi .
b.                  Waktu kokurikulum.
c.                   Selepas waktu persekolahan.

5.2        Perjumpaan diadakan sekurang-kurangnya 10 kali setahun.  Jangka masa perjumpaan adalah antara 30 hingga 40 minit dan 1 kali dalam sebulan.
5.3        Perjumpaan adalah berdasarkan Modul Pelaksanaan Mentor Mentee yang mengandungi pengisian dari aspek;
a.                  Pembangunan Sahsiah Diri Murid
b.                  Peningkatan Disiplin Murid
c.                   Psikososial dan Kesejahteraan Mental dan
d.                  Perkembangan Kerjaya

6.0  STRATEGI PELAKSANAAN
6.1       Mengadakan taklimat penerangan tentang konsep, objektif dan kepentingan perlaksanaan kepada murid dan guru.
6.2          Mengadakan majlis penyerahan mentee kepada mentor.
6.3           Perjumpaan diadakan di dalam kelas atau mengikut kesesuaian sekolah.
6.4                     Pelantikan mentor
a.       Semua guru dilantik menjadi mentor.
b.      Pelantikan mentor dibuat secara rasmi( bertulis).
c.       Setiap mentor diberikan senarai tugas, peranan,modul dan senarai mentee.

6.5          Pengagihan mentee.
a.      Mentee adalah terdiri daripada murid di dalam kelas.
b.     Setiap kelas mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang mentor.

6.6         Tugas Mentor
a.          Mengendalikan sesi perjumpaan dengan mentee di dalam kelas.
b.         Melaksanakan aktiviti mengikut modul yang telah disediakan.
c.          Mengambil tahu  dan menjaga kebajikan mentee.
d.         Membantu mentee yang memerlukan perhatian.
e.          Mengambil kehadiran mentee.
f.          Mengisi borang pertemuan mentor mentee.

7.0                                      Cadangan Masa Program
Sepanjang bulan JANUARI – OKTOBER 2016
     
8.0              Sasaran
Guru dan Murid SMR AGAMA CHUAH




9.0                         Jawatankuasa Induk

Penasihat          : Tn Mohd Zaki Bin Mohd Yusof
                          Pengetua SMR AGAMA CHUAH
                                   
Pengerusi         :  Tn Hj Mokhter Bin Harun
                           PK HEM

Naib Pengerusi:   Pn Khamisah Asura Bt Abd Rahman
                           PK Pentadbiran           

                       :   Pn Zuraidah Bt Sethu Ghani
                           PK Ko-Kurikulum

Penyelaras        :  Cik Jamilah Bt Yahaya
                            Guru Kaunseling

Mentor             :    Semua guru






















10.0                    Pelaksanaan

10.1     Program ini dilaksanakan kepada semua pelajar SMR AGAMA CHUAH 2016
10.2    Melaksanakan program mentor mentee sebagai satu aktiviti rasmi sekolah mengikut ketetapan berikut :


Perjumpaan
Tarikh
Masa perjumpaan

Tempat perjumpaan
Pertama
22 JAN



HARI JUMAAT MINGGU KETIGA
 (7.30 PAGI – 8.00 PAGI)


Kelas, Kantin atau
Masjid
(yang dirasakan sesuai)


Ke-2
19 FEB
Ke-3
25 MAC
Ke-4
22 APRIL
Ke-5
27 MEI
Ke-6
17 JUN
Ke-7
15 JULAI
Ke-8
12 OGOS
Ke-9
23 SEPT
Ke-10
21 OKT

No comments:

Post a Comment