Monday, January 22, 2018

Kursus Pengurusan Kelas 2018

Tarikh: 18 Januari 2018 (Khamis)
Masa: 3.00-4.00 petang
Tempat: 1 Ibnu Sina

Anjuran: Unit Bimbingan dan Kaunseling
Penyelaras: Pn Jamilah Bt Yahaya
Sasaran: 18 Orang AJK Kelas



Diakhir program ini murid dapat:
1. Bermotivasi dan yakin untuk mengendalikan kelas
2. Tahu peranan dan tanggungjawab ahli jawatankuasa kelas
3. Memperoleh kemahiran mengurus konflik di dalam kelas

Program berjalan dengan baik dan lancar seperti yang dirancangkan. Semua ahlijawatankuasa seperti Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas dan bendahari dapat menghadirkan diri. Pentadbir, GPK HEM dan semua guru memberikan sepenuh sokongan supaya program ini dapat dilaksanakan dengan baik. Murid-murid terlibat juga memberikan komitmen yang baik sepanjang program berlangsung. Ahlijawatankuasa kelas menyedari kelas mereka kelihatan kurang bersih, cantik dan ceria. 

Hasil soal selidik senarai keperluan kelas ini dapat membantu ajk kelas memainkan peranan untuk berbincang dengan ahli kelas mereka untuk melakukan sesuatu bagi memulih dan mencantikkan kelas maisng-masing. Kelas paling baik dan lengkap ialah kelas tingkatan 1 ibnu sina dan 2 ibnu sina. Ahlijawatakuasa kelas memahami keperluan untuk memastikan kelas sentiasa bersih dan ceria agar “Pembelajaran dan Pemudahcaraan” berlangsung dengan baik. Tambahan pula semua ajk yang hadir menunjukkan kesungguhan serta bermotivasi untuk mencantikkan kelas mereka. Kesimpulannya, Program ini memang wajar dilaksanakan untuk membantu murid mengurus kelas mereka dengan baik. Murid diberikan panduan serta sokongan yang jitu agar mereka terus bersemangat menjalankan tugas sebagai ajk kelas yang berwibawa.











No comments:

Post a Comment