Wednesday, November 22, 2017

Lawatan Sambil Belajar Ke Putrajaya

Tarikh: 9 November 2017
Hari: Khamis
Tempat: Taman Botani, Cruise Lake Putrajaya, Masjid Putra Putrajaya
Sasaran: Pelajar Tingkatan 3 dan 2 (79 Orang)
Anjuran: Unit Bimbingan dan Kaunseling
Guru Penyelaras: Cik Jamilah Bt Yahaya (GK)

Guru Pengiring:
1. Ustaz Muhammad Rijaluddin Bin Abd Manaf
2. Pn Zuraidah Bt Sethu Ghani
3. Pn Suhaidah Bt Hasnan
4. Pn Norhaslinda Bt Mohd Ridzuan

PENGENALAN
Program Lawatan Sambil Belajar ke Putrajaya bertujuan untuk menggalakkan minat murid untuk mencintai dan memelihara alam sekitar. Program ini juga bertujuan untuk menanam minat murid supaya sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat.

Keperluan:

1. Berdasarkan Ujian Psikometrik, iaitu Inventori Kecerdasan Pelbagai, purata skor murid ialah 50 peratus untuk item Naturalis iaitu minat kepada alam sekitar. Perkara ini sangat membimbangkan kerana, Malaysia memerlukan tenaga mahir yang meminati dan memahami kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam semulajadi.
2. Melalui pengalaman lawatan ke Taman Botani murid diberi pendedahan kerjaya berkaitan pemuliharaan dan pnambahbaikan alam sekitar.

OBJEKTIF
Diakhir program ini murid dapat:
1 Menambah minat murid terhadap bidang kerjaya berkaitan botani dan alam sekitar.
2 Meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan pemuliharaan alam semulajadi.
3 Menggalakkan murid mengamalkan gaya hidup sihat.
4 Mendidik murid agar sentiasa mengimarahkan masjid.

TENTATIF
8.00 pagi Minum Pagi dan Bertolak ke Taman Botani
9.00 pagi Taklimat Taman Botani
Sesi Bergambar
Sesi Penerangan 
“Walk And Hunt”
11.30 pagi Penyampaian Hadiah Kuiz,
12.30 t/hari Bertolak ke Masjid Putra, Makan tengah hari, 
                             Solat Jumaat dan solat zuhur berjemaah
2.00 petang Cruise Putrajaya
3.00 petang Taman Saujana Hijau
4.00 petang Bertolak Pulang





















No comments:

Post a Comment