Monday, January 22, 2018

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah

Tarikh: 17 Januari 2018 (Rabu)
Masa: 8.00 pagi - 10.00 pagi
Tempat: Kg Chuah

Anjuran: Unit Kokurikulum
GPK Kokurikulum: Pn Zuraidah Bt Sethu Ghani
SU Sukan: En Mohd Noorajla Bin Mohd Zain

Diakhir program ini murid dapat :
1.1 Melahirkan pelajar yang cergas dan berdisiplin
1.2 Memupuk semangat kerjasama antara rumah sukan
1.3 Menyemarakkan semangat bersukan

        Kejohanan Merantas Desa Sekolah Menengah Rendah Agama Chuah, Tahun 2018 berjalan dengan baik dan lancar seperti yang dirancangkan. Kehadiran ialah sebanyak 99 peratus iaitu 100 orang daripada 101 jumlah kesemua pelajar Sekolah Menengah Rendah Agama Chuah. Semua murid berjaya menamatkan larian dan berada dalam keadaan baik. Cuaca juga dalam keadaan baik dan semua guru memberikan kerjasama yang sangat baik. Tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Catatan masa terpantas ialah 25 minit 53 saat oleh murid tingkatan 3 iaitu Mohd Adli Bin Zaharul dan 33 minit 31 saat bagi murid perempuan iaitu Nur Shaqilah. Kesimpulannya program ini membantu murid menyedari kepentingan melakukan senaman serta menjaga kesihatan tubuh badan dan program ini wajar dilaksanakan setiap tahun.






























No comments:

Post a Comment