Sunday, January 28, 2018

Majlis Pelancaran Program Guru Penyayang dan Penyerahan Mentor Mentee

Tarikh: 24 Januari 2018
Hari: Rabu
Masa 2.00 petang

Anjuran: Unit Hal Ehwal Murid
Penyelaras: Pn Jamilah Bt Yahaya
AJK : Semua guru merupakan ahli ajk guru penyayang.

Objektif Amalan Guru Penyayang
1  Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.
2  Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
3  Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.
4  Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.

Objektif Program Mentor Mentee
Melalui program ini, murid diharapkan dapat;
1  Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-menghormati antara mentor dan mentee.
2  Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain.
3  Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat (caring) terhadap kebajikan mereka























No comments:

Post a Comment